Thursday, 17 September 2009

Aktiviti Ramadhan






16th sept~sungkai @ i-Lotus wif SRDB colleagues


Saturday, 12 September 2009

22 hari puasa~~terawikh 23


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan:

Malam 18
Seru Malaikat: Hai! Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19
Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya didalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwata'ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "Hai hambaku: Makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammada S.A.W. yang bernama 'Al-Kauthar'".



Aktiviti Ramadhan


6th sept~~Sungkai @ Laa Mee, it's our graduation 4th annivesary actually tapi ada urang atu ckp ia nda pandai maths yatah salah buat rah kek atu jadinya kek ani utk tahun 2010.. *_^



sesudah selesai bersungkai semuanya kekanyangan. Orang2 yang memeriahkan suasana(hadir): Baharu, Nayan wif gf, Sham wif gf, Den wif isteri n anak(all d way from kb),Izzah, Huda, Neng, Sally, Shap and myself. Thanx to all of PrimE01-05 members~~missing all the moments~~



8th sept~~Majlis Khatam Al-Quran bagi guru2 dan kakitangan SRDB






10th sept~~Sahur @ I-Lotus





Sunday, 6 September 2009

4th Graduation dan Anniversary

Sungkai @Laa Mee, gadong..sempena 4 tahun berlalu mengharungi PrimE01-05,,banyak kemanisan yang tidak akan dilupakan..uhux..


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan:


Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.




Saturday, 5 September 2009

puasa ke-15~terawikh mlm 16~~luruskan??

Ptg turun Tutong ,jgn nda beshopping dsana mbeli bunga telur untuk majlis khatam dskolah ari selasa ani..juz kan liat2 keadaan gerai ramadhan dsana..emm 2/10, yatah ganya uleh kmi beli kuih $1,,nda puas hati..balik ke pasar gadong n ke bandar sementara masih ada masa sebelum kan sungkai..


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan:


Malam 16
Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.


Friday, 4 September 2009

2 weeks sdh puasa rupanya


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan:


Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.



Tuesday, 1 September 2009

puasa ke-11~~terawih mlm 12

hari ni rehat saja dirumah coz sakit kpala yg teramat sangat,,dibawa tdur pun makin tia plang sakitnyaa.. =(


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan:


Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).